Langkau ke kandungan utama

4 Aset Yang Anda Boleh Laburkan

 Aset dalam perniagaan dan perakaunan ialah merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu atau sesebuah perniagaan atau syarikat. Sebarang harta tanah atau barangan berharga yang dimiliki, yang biasanya dianggap boleh guna sebagai bayaran hutang seseorang, biasanya dianggap sebagai satu aset. Secara mudah, aset merupakan benda yang mudah ditukarkan kepada tunai.Kunci kira-kira sesebuah firma merekodkan nilai kewangan aset yang dimiliki oleh sesebuah firma. Ia merupakan wang dan barangan berharga lain kepunyaan individu atau perniagaan.Dua kelas aset utama ialah aset aset ketara dan aset tidak ketara. Aset ketara terdiri daripada beberapa subkelas, termasuk aset semasa dan aset tetap.Aset semasa termasuklah inventori, manakala aset tetap ialah seperti bangunan dan peralatan.




Ini adalah antara aset yang anda boleh laburkan:

1.SAHAM

Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham, disebut harga di pasaran saham. (Amanah juga sering dirujuk sebagai saham).

Bentuk-bentuk saham berbeza yang didagangkan di Bursa Malaysia:

(A) Saham Biasa

Juga dinamakan saham ekuiti, iaitu modal risiko syarikat. Saham biasa memberikan pemegang hak pemilikan dalam syarikat itu, seperti hak untuk berkongsi keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat pengarah. Kewajipan pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu tidak berjaya. Saham biasa lazimnya membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham lain. Sekiranya berlaku pembubaran, saham biasa adalah selepas semua liabiliti lain dalam syarikat.

(B) Saham Keutamaan

Saham ini memberi hak bagi dividen (biasanya tetap) yang berada pada kedudukan pembayaran sebelum pemegang saham. Saham keutamaan lebih digemari juga apabila berkaitan dengan pembahagian aset setelah pembubaran syarikat. Saham keutamaan umumnya tidak memberi hak mengundi,tetapi hak mengundi boleh dibuat bergantung pada kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham keutamaan bagi tempoh masa yang tertentu.

(Credit:Bursa Saham Malaysia)



2.EMAS

Dari kesemua logam berharga, emas adalah yang paling popular sebagai pelaburan. Para pelabur biasanya membeli emas sebagai pelindung nilai atau perlindungan selamat terhadap apa-apa krisis ekonomi, politik, sosial, atau wang fiat (termasuk kemerosotan pasar pelaburan, pertambahan hutang negara, kegagalan mata wang, inflasi, perang dan kekacauan sosial). Pasaran emas juga tertakluk pada spekulasi seperti mana kommoditi lain, khususnya melalui kegunaan kontrak hadapan dan terbitan. Sejarah piawai emas, peranan rizab emas dalam perbankan pusat, hubung kait rendah emas dengan harga komoditi lain, dan penentuan harganya berbanding mata wang fiat sewaktu krisis kewangan 2007–2010, mencadangkan bahawa emas mempunyai ciri-ciri menjadi wang.



3.KRIPTO

Mata wang kripto (atau kriptowang) ialah aset digital yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit tambahan mata wang.Mata wang kripto ialah subset mata wang alternatif, atau khusus untuk mata wang digital.

Bitcoin menjadi mata wang kripto ternyahpusat yang pertama pada tahun 2009. Sejak itu, banyak mata wang kripto telah diwujudkan. Ini kerap dikenali sebagai altcoins, sebagai gabungan alternatif Bitcoin.Bitcoin dan terbitannya menggunakan kawalan ternyahpusat berbanding dengan wang elektronik/sistem perbankan berpusat. Kawalan ternyahpusat adalah berkaitan dengan penggunaan pangkalan data transaksi rantaian blok (blockchain) Bitcoin yang berperanan sebagai lejar teredar.



4.HARTANAH

Harta tanah atau hartanah ialah sebuah istilah undang-undang yang merujuk tanah bersama dengan apa pun yang tinggal tetap di atas tanah tersebut, seperti bangunan, beserta sumber aslinya. Hartanah sering dianggap sinonim dengan real property, berbeza dengan harta alih. Namun, dalam penggunaan tekniknya, beberapa orang tetap memilih pembezaan antara harta tanah, menunjuk ke tanah dan benda di atasnya, dengan real property, menunjuk ke hak pemilikan atas harta tanah. Istilah hartanah dan real property utamanya digunakan dalam common law, sedangkan mahkamah undang-undang sivil menunjuk ke hak milik tak alih.


Menurut terminologi undang-undang pada beberapa kehakiman adalah merupakan suatu barang tidak bergerak yang mencakup tanah beserta segala suatu yang berada diatasnya misalnya bangunan, tanaman dan lain-lain.


Properti dalam bahasa asing seringkali disebut juga real property yang kadang-kadang disebut juga realty Dalam undang-undang, istilah real diertikan sebagai sesuatu benda yang membezakannya dari "manusia" . Jadi undang-undang membezakan antara real properti ( tanah beserta segala suatu yang terdapat diatasnya) dan properti individu ( misalnya baju, perabotan,uang).


Sekian, terima kasih








Ulasan