Langkau ke kandungan utama

3 Pelajaran yang anda boleh ambil dari buku Rich Dad Poor Dad

Rich Dad Poor Dad ialah sebuah buku 1997 yang ditulis oleh Robert Kiyosaki dan Sharon Lechter . Ia menyokong kepentingan celik kewangan (pendidikan kewangan), kebebasan kewangan dan membina kekayaan melalui pelaburan dalam aset, pelaburan hartanah , memulakan dan memiliki perniagaan, serta meningkatkan kecerdasan kewangan (IQ kewangan) seseorang.

 Sewaktu saya berusia 15 tahun, saya sedang menonton satu video tentang kewangan dan pengulas berkenaan mengesyorkan buku Rich Dad Poor Dad.Walaupun saya tidak gemar membaca buku yang tiada gambar dan banyak tulisan yang memeningkan, buku ini (Rich Dad poor Dad) memberikan saya lebih semangat untuk menghabiskannya.

Terdapat banyak pelajaran dalam buku ini yang dapat membuka mata orang miskin:

1.Jadikan Duit Bekerja Untuk Kita
 
Orang yang bankrup tetap akan bankrup dengan menghabiskan duit mereka.Orang kelas menengah kekal kelas menengah dengan menyimpan semua wang mereka.Orang kaya kekal kaya dengan mengkerjakan wang mereka.

Jika anda bekerja untuk wang, anda akan kesuntukan masa untuk mendapatkan wang yang mencukupi.

Masalah yang paling biasa ialah orang tidak mahu belajar tentang wang. Mereka melakukan seperti ibu bapa mereka lakukan iaitu pergi kerja, dapat gaji, dan berbelanja.

Beli aset sebenar:
-Saham
-bon
-Hartanah
-Perniagaan


2. Minda Anda Adalah Aset Terbaik Anda
Fikiran cerdas tidak selalunya maju tetapi fikiran yang berani melakukannya.Jika ketakutan terlalu kuat genius itu ditindas.

Peluang yang besar tidak dilihat dengan mata anda.Mereka melihat dengan minda anda

Apabila bercakap tentang wang, golongan miskin dan kelas menengah mahun bermain selamat.Fikiran mereka ialah merekah ialah belajar besungguh-sungguh,mencari pekerjaaan yang selamat, dan bekerja keras.

Tetapi orang kaya memainkannya secara berbeza.Mereka menggembangkan IQ kewangan mereka dengan mengambil lebih banyak risiko.Mereka memperoleh berjuta-juta daripada bimbang tentang mendapat kenaikan gaji.

Ajar minda anda mempelajari sesuatu dan menerima perubahan.Jika anda berpegang kepada idea lama, anda akan ketinggalan.idea lama hanyalaj liabiliti l.Jadi, melabur dalam satu- satunya aset terbaik yang anda boleh kawal pada bila-bila masa.


3.Ajar diri anda celik kewangan
Ia bukan berapa banyak wang yang anda buat. Ia adalah berapa banyak wang yang anda simpan. Ini mungkin kedengaran noob. Tetapi menyimpan wang adalah sangat sukar. Jika anda tidak percaya saya, lihat kembali pendapatan yang anda buat pada bulan lepas dan berapa banyak pendapatan yang anda ada sekarang.

Wang tanpa celik kewangan bukanlah wang

Membuat wang dan menyimpan wang adalah dua perkara yang berbeza. Jangan mengelirukan kedua-duanya. Ingat atlet yang pada usia 24 tahun memperoleh berjuta-juta tetapi tidur di bawah jambatan 10 tahun kemudian? Dengan celik kewangan datang tanggungjawab yang besar. Jika anda mempunyai kecerdasan kewangan yang mencukupi, anda akan menyedari separuh daripada perbelanjaan anda hanyalah sia-sia dan liabiliti.

Sekian, terima kasih

Ulasan